WEB BLOG
this site the web

Naik Tol? Naik Elektrik? Cuaca panas, orang panas

DENGAR kata tol nak naik lagi? Tarif elektrik pun? Benarkah? Rakyat sudah cukup terbeban dengan apa yang mereka tanggung sekarang. Jika hidup di bandar semuanya wang. Kadangkala wang dihabiskan begitu sahaja tanpa sedar.

Cukai itu dan ini, caj itu dan ini, parking sini dan sana hingga masuk tandas pun wang. Roda kereta masuk lubang (yang bercambah-cambah atas jalan di KL) pun kena wang. Rim kereta bengkok kena tukar atau baiki. Di kedai tayar, pekedai letak harga ikut suka dan itu tidak masuk cukai perkhidmatan dan kerajaan lagi. Bukan salah pemandu yang membayar road tax apabila rimnya bengkok, tetapi salahnya ialah kepada majlis perbandaran yang tidak tampal lubang itu.

Pergi makan di restoran sekarang pun kena cukai yang bukan-bukan. Minggu lepas, saya dan dua rakan makan di sebuah restoran, makan bukan apa sangat - tapi cajnya melampau, cukainya dalam resit RM10! Tak masuk akal.

Berkereta untuk ke tempat kerja setiap hari seperti berperang. Jalan sesak teruk sangat. Oleh kerana jalan kerajaan atau jalan percuma terlalulah sesak, pemandu lazimnya cari jalan lain iaitu dengan masuk pintu tol. Maka kenalah bayar tol.

Setiap hari saya membayar RM5.20 pergi balik dari Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Tol Pantai. Memanglah selesa dan cepat. Tapi kerana sudah bosan menggunakan lebuh raya Persekutuan, maka terpaksalah bayar tol.

Tol adalah satu keperluan untuk penduduk bandar. Wang yang mereka belanjakan setiap bulan untuk tol terlalu banyak. Itu tidak kira lagi jika perjalanannya banyak berulang-alik. Setiap kali bayar tol, jika secara Smart Tag wang habis tak terasa. Jika bayar di pondok tol, hati sakit kerana kita yang berkata ‘terima kasih’ kepada pekerja tol yang menolong mengambil duit kita. Dia tak kata apa-apa pun – adalah seorang dua ucap terima kasih kat kita.

Namun perjalanan ke destinasi terpaksa diteruskan. Kerja untuk mengisi perut dan menampung wang tol terpaksa dicari. Selagi hayat dikandung badan, itulah rutinnya.
Minggu lalu, kita semua gelisah – sudahlah tidur malam rimas kerana cuaca panas akibat peralihan monsun – dengar kata tarif elektrik pula nak naik. Lagi panaslah kita.

Beritanya disiarkan dalam akhbar mengatakan menterinya akan membawa cadangan itu ke dalam Kabinet. Namun, dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu, dengar kata cadangan itu ditangguhkan.‘‘Ditangguhkan?” Mungkinkah kerajaan bertimbang rasa kerana ramai yang pakai aircond dalam musim panas ini. Maka, tidak adillah tarif itu dinaikkan sekarang.
Apa pun cadangan itu masih ditangguhkan. Lambat-laun ia akan naik juga. TNB memberi alasan macam- macam - kos mereka meningkat. Harga dunia arang batu naik, harga gas naik dan macam-macam lagi naik.

Begitu juga dengan tol. Kerajaan memberi alasan terikat dengan perjanjian konsesi. Dikhabarkan jika kerajaan tidak naik ikut masa yang ditetapkan (tiga tahun sekali) maka kerajaan terpaksa tanggung pampasan yang besar kepada pemegang konsesi.Ikut perjanjiannya tol kena naik setiap tiga tahun sekali. Jika kerajaan tidak naikkannya, mungkin atas alasan politik atau desakan rakyat, maka kerajaan terpaksa tanggung RM200 juta setahun atau RM600 juta bagi tiga tahun pertama. Jika tahun ke-4 tidak naik juga kerajaan terpaksa tanggung RM400 juta setahun atau RM1.2 bilion bagi tempoh tiga tahun itu. Jika tahun ke-7 tidak juga naik ia akan menjadi RM600 juta atau RM1.8 bilion untuk tiga tahun itu.

Memanglah jika dikaji betul-betul syarikat PLUS juga kepunyaan kerajaan secara tidak langsung. Bak kata orang, ‘keluar poket kanan, masuk poket kiri’. Tetapi itu semua tidak dikira. PLUS terus mencatatkan keuntungan berbilion-bilion. Namun, itulah alasannya sehinggalah Menteri Kerja Raya ketika itu, S. Samy Vellu diberi jolokan Samy Tol kerana mahu menjaga kepentingan kerajaan bagi mengelakkan ia membayar pampasan yang besar itu.

Kini Shaziman pula kena menghadapinya. Jangan nanti dia pun orang panggil Shaziman Tol sudahlah. Terma perjanjian itu jika tidak silap akan berkuat kuasa sehingga pada 2038. Ada 28 tahun lagi. Apapun kerajaan berada dalam dilema. Tak naik pun tak boleh, naik pun tak kena. Jadi semuanya serba tak kena. Penduduk yang tinggal di Puncak Alam dan kawasan perumahan sekitarnya, ikut Jalan Batu Arang dari Shah Alam memberitahu saya mereka amat bengang kerana jalan untuk ke Shah Alam terlalu sesak setiap pagi.

Namun semuanya lega apabila akhbar Utusan Malaysia menyiapkan berita baru-baru ini bahawa satu jalan susur akan dibuat di simpang tiga berhampiran Lebuh Raya Guthrie. Mereka cukup gembira dan bersyukur. Tapi mereka kemudian difahamkan susur yang tengah dibuat itu bukannya percuma. Mereka akan dikenakan tol? Hati yang sejuk dikhabarkan bergelora kembali.

Semalam, keluar satu lagi berita gembira? Kerajaan akan membuat satu lagi lebuh raya untuk kemudahan rakyat jelata dari Banting ke Taiping. Akhbar The New Straits Times menyediakan petanya sekali. Ia akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS. Harga projek dianggarkan antara RM5 bilion dan RM6 bilion. Setakat ini tidak pasti ia akan bertol atau tidak. Tapi seorang pegawai di Kementerian Kerja Raya memberitahu saya: ‘‘Eh... mestilah bertol”.

Namun, sekali lagi semua berita ini ada suka, ada duka. Berita pembangunan seperti itu boleh juga menjadi backfire atau makan tuan jika tidak ditangani dengan betul. Terutama jika rakyatnya akan menghadapi pilihan raya. Jika kerajaan itu kuat dan perkasa, dan rakyatnya mempunyai perkapita yang tinggi mungkin tidak menjadi masalah, tapi jika tidak...? Rakyat sebenarnya gelisah dengan berita seumpama ini. Saya masih teringat apabila kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen daripada RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun 2008. Saya kebetulan berada dalam sidang akhbar itu. Kami semua ‘terkejut beruk’ kerana naiknya terlalu tinggi.

Apa sekalipun, kita sudah lupa itu semua. Setiap hari kita mesti mengisi minyak untuk menghidupkan kenderaan masing-masing. Hidup harus diteruskan. Wang harus dicari bagi menampung keperluan termasuk membayar tol, isi minyak dan membaiki rim yang bengkok!

sumber dari blog utusan online

Kehidupan dan Keyboard


Jika hidup ini boleh dikawal dengan sepotong keyboard,

Ctrl + Z
Patah balik masa lalu, buat perubahan yang dapat menukar segala peristiwa sekarang dan yang akan datang

Backspace
Dapat juga aku perbetulkan balik semua kesilapan aku


Escape
Cara mudah nak lari dari masalah

Ctrl + Alt + Del
Jalan pintas nak lari! Sepantas kilat

F1
Semua masalah ada penyelesaian walaupun caranya penyelesaiannya agak sukar

F5
Kembalikan semula maruah yang telah tercalar!

Space
Panjangkan sikit masa untuk kita bersama

Shift
Biar semua perkara yang kita buat, lebih dari yang biasa

Enter
Ya, hidup ini tetap diteruskan!

"Kalau" - bak kata orang, perkataan yang akan buat kita lemah, jadi mat jenin! Cuba bayangkan kalau mat jenin tu tak jatuh pokok, dan ada usaha, mungkin "kelibat pelangi akan terpacar selepas hujan lebat" dalam hidup dia kan. Sapa tau kan?

Tapi hidup ini bukanlah dikawal oleh papan kekunci itu.
Biar hidup ini pernah dibawah supaya kita pernah merasai keperitan kehidupan

(Perempuan) Sifat Perempuan Yang Ditakuti



Oh, entri ini khas buat lelaki yang masih bujang. Anda pasti pernah merasakan semua ini!

Dia Tahu Semuanya

Ada perkara-perkara yang kita sembunyikan dari si dia, tentang hal-hal peribadi, keadaan sekeliling kita – disebabkan bukannya 24 berkepit (kalau dah kahwin itu lainlah). Akan tetapi dia tahu serba-serbi tentang kita! Pelikkan?
Penyelesaian: Tanyalah si dia tanpa paksaan. Perempuan tak suka dipaksa. Mungkin kita memberitahu si dia dan terlupa akan perkara tersebut, mungkin juga dia mengorek rahsia dari kawan-kawan kita.

Dia Berkenalan Dengan Sahabat Dan Keluarga Anda Tanpa Pengetahuan Anda.

Kita mungkin segan untuk memperkenalkan si dia kepada kawan-kawan kita dan keluarga kerana perhubungan itu masih baru lagi dan tidak tahu sejauh mana perhubungan anda dengan si dia. Tiba-tiba ada ahli keluarga kita bertanya, “Bila nak bawa gadis jumpa kitaorang?”. Mesti macam nak gugur jantung tu!
Penyelesaian: Perkara yang penting kamu kena lakukan, bataskan perhubungan itu. Cuba tanya/korek-korek dari sesiapa yang pernah berbicara dengannya tentang apa yang dia tahu. Kalau tanya pada si dia, mungkin dia tidak akan jujur. 

Dia Bertindak Sebagai Pembantu Peribadi Anda

Setiap perkara yang kita nak lakukan, haruslah meminta pendapat si dia. Bak kata orang putih, “Queen Control”-lah tu! Nak kemana-mana pun haruslah bawa si dia, kalau dah jadi bini pun, takkanlah nak lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi pun tak boleh kan?

Penyelesaian: Kadang-kadang kita terpaksa abaikan si dia, bukannya tak sayang tapi kita memerlukan masa untuk kita juga. Hidup ini bukanlah dengan dia sahaja. Siapa kita tanpa kawan-kawan?

Dia Tahu Semua Katalaluan Akaun Anda

Dari Facebook, Twitter, Email hinggalah ke akaun bank (CIMBClick, Maybank2u) anda akan tetapi dia susah nak bagi dia punya password. Kadang-kadang kita terima email/komen dari kawan-kawan yang bergurau, tetapi si dia menganggap perkara itu begitu serius hingga dapat menyebabkan perhubungan tergugat sedikit.

Penyelesaian: Tukar sahaja segala katalaluan itu, jika ditanya, katakan kamu tidak tahu tetapi ini bukanlah jalan penyelesaian kerana masalah seterusnya akan timbul yakni, merajuk. Gunakan ayat-ayat berbunga untuk memujuknya kembali. Tenangkan dia, lama-kelamaan dia akan malas untuk ambil kira perkara itu.

Si Dia Muncul Tiba-Tiba Di Tempat Yang Tak Sepatutnya

Kedai mamak merupakan tempat untuk kita melepak bersama kawan-kawan dan secara tiba-tiba si dia datang mengejut. Walaupun tak buat salah, mesti jadi menggelabah sebentar.

Penyelesaian: Katakan pada si dia yang anda tak suka dia datang secara mengejut. Katakan padanya, “Aku bukannya lelaki seperti dalam lagu Kantoi”.


Kesimpulannya, sayang pada dia tak bermaksud hidup ini hanya untuk dia. 24 jam bersama dengannya, wang anda wang dia, dan wang dia wang dia (paham?). Lainlah kalau dah berumah tangga!
 

bola skali...

Sign up now for the biggest multiplayer, PvP football game ever. Go head-to-head with players and teams from around the world, competing in friendly matches, leagues and cash prize tournaments.

Take your player from Sunday League unknown to International Superstar by training hard, winning games and being interviewed by journalists to advance your celebrity status.

Download and play Football Superstars - 100% FREE! - No bank or credit card details required.

peristiwa semasa sambutan merdeka 2tahun lepas


nama dari kiri:
aku, alif, akmal, cik K, azlan, hidayat, hasnizan, firdaus, nizam, ammar(duduk)

ni la kenangan paling best sejak aku masuk suksis, ni masa pertandingan kawat merdeka pada tahun 2008. bangga siot johan seluruh negeri terengganu dalam kategori badan beruniform.

yang ke2 dari kanan 2 roomet aku(firdaus) tahun 2 & yang duduk 2 roomet aku(ammar) time last year blajar di ganu, yang xpakai uniform 2 jurulatih kami panggil cik K. nasib baik aku bergambar time ni...boleh la wat masuk dlam blog ni...aku ni pemalu sikit bab ambik gmbar ni. 

muka semua pun da hangus gelap akibat training tengah panas tmbahan polak time kawad ni kena panas lak, da la jalan sibuk...byak kali kena berhenti sebelum sampai ke pentas hormat,
kawad lebih kurang dalam 3km g 2 la....lau xsilap....

nasib baik aku masuk suksis, bleh jugak merasa benda2 begini, best giler....aku harap mana-mana yang nak sambung pengajian dekat U 2 masuk lah ko badan beruniform.
lau nak dapatkan income tambahan masuk lah suksis bab setiap latihan akan dibayar elaun boh...

semoga kalian berjaya dalam menempuh hidup masing2. jgan lupa blanja aku makan lau da kerja 2...wassalam...

cantik, slim dan menggoda

sJatuh cinta pada pandangan, semua jejaka pasti akan tergoda untuk memiliki kerena keluaran mercedes ni. aku tengok pun dah xtahan.

ko tahu ker brapa harga dia...mai sini aku gtau ko..
mai aku citer sikit sal biodata keta ni

keluaran : Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd
model : SLS AMG yang memiliki pintu Gullwing
enjin : V8 AMG 3.6 liter dengan transmisi Speedshift DCT tujuh kelajuan
harga : RM1,999,999 tanpa insurans.
kelajuan : mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dengan hanya 3.8 saat dan      kelajuan maksimum 317 km/j.

sapa2 yang mampu 2 beli la keta ni....
jgan lupa bawa aku skali...he3..


Satu kisah masa rehat di pejabat

Apabila keboringan mencapai tahap max.....tidak dapat apa nak dijangkakan perkara yang akan dibuat time 2....

semuanya bermula disini....he3....duit & handset berkamera menjadi mangsa untuk menghilangkan keboringan.....





dulu citer2 nak jadi gabenor bank....he3



ada sama x....he3



sape sangka cempedak jadi nangka....



kreatif jugak kan....ble masuk pertandingan fotograpy x? ...he3



semua jenis matawang ble....he3

selamat mencuba.....cuba jangan xcuba.....

roti manusia.....sapa mau ana blanja......



Ni roti dari thailand....import dari jiran sebelah.....lemak berkrim....



mau perisa ape....semua ada....nak letak keju lebih pun boleh....



elok benar rasa nyer wat roti ni time hari raya....hahahaha
selamat menjamu selera....

don't try this at home....he9

Sebab2 facebook haram....joke

Sudah muncul fatwa yang berasal dari Ulama Jawa Timur bahawa Facebook diharamkan. Tentunya fatwa ini agak mengejutkan para Facebooker di tanah air. Namun sebenarnya kita harus berfikir sendiri mengapa fatwa ini bolah muncul.

Ada beberapa hal yang menyebabkan mengapa Facebook diharamkan :



1. Facebook boleh membuat kita mengabaikan anak, kalau yang ini suka sangat lah buat kaum ibu.



2. Facebook membuat kita tidak ingin meninggalkan komputer kita.



3. Facebook membuat kita tidak peduli keadaan sekeliling kita.



4. Ketagihan Facebook boleh membuat tubuh kita kurus, kerana lupa makan.



5. Ketagihan Facebook tidak mengenal usia, sampai baby pun ikut jadi Facebooker.

so pikir2 la......anda begitu juga ker....he3..

Kelebihan sujud

SUJUD lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

- Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

- Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. -

- Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.
Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.
Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.
Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.
Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies