WEB BLOG
this site the web

Recent Photos

image
image
image

kerja best......tapi pemalas?




salam.

Nama aku sama dkt profile, aku lelaki asal dari kelantan mgkin ko xkenal aku, aku pun xkenal ko. aku tulis ni bab nak bagi tau ko tntg diri aku ni, aku pemalas.
 
setiap hari aku malas, bgun tido aku pikir nak g klass ke x? brapa byak dah pnteng klass? dan lama lagi ke kena blaja ni? lau aku g klass pun dengn satu tujuan jer: takut kena bar dari ambik final!
Dalam klass lak duk borak2 dengan member sal bola, nak makan kat maner, ader game baru x n bla..bla..bla..


Kalo shari xder wat aper2 mula lah aku pikir ape aku wat smalam?  muhasabah kot...he3 ..tapi member aku xla syak aku ni pemalas sangat..normal jer... member aku dah salah teka, aku ni suka wat kerja last minit but at list my work is siap jugak....lau di bilik aku duk depan kmputer jer...tgok citer, men game n so on lah...memang xrasa masa ni cepat berlalu kalo ygok citer best...

Aku ni bukan lah bodoh, tapi malas jer...sebab dapat anugerah otak pikat la aku jadi malas, nak masuk U ni pun bukan aku yang isi borang..sumer 2 dari ussaha cikgu aku...tq so much cikgu... lau x ntah nak jadi aper la aku ni... masa blaja lak aku lulus bab pegang prinsip kemalasan aku tadi, aku buat aper yang perlu jer..
kalo ko paham...paham lah...lau x ko buat2 paham...ok


Aku nak citer sikit tentg orang malas...

Tiga pemenang kategori orang malas sedunia diwawancara dalam sebuah talk show.
Juara 3 : tidak makan dan minum selama 12 hari karena untuk makan saja dia MALAS.  
Juara 2 :  tidak buang air besar selama sebulan, dan menurut pengakuannya, itu dia lakukan karena dia MALAS.
Dan ketika kamera beralih ke
juara 1, si pemenang sedang menangis tersedu-sedu.
"Kenapa?", tanya si pembawa acara, "knape sedih? ko patut happy bab menjadi juara 1."
"Oh bukan itu, aku happ juara. Jari aku  tersepit di pintu", jawabnya sambil terus tersedu-sedu.
"kenapa tidak dibuka?", tanya pembawa acara kehairanan.
"Dah aku malaass".



bukan aku xder inspirasi or cita2. aku rasa ramai orang salah paham tntg pemalas
Bukannya aku tidak punya inspirasi atau cita-cita. Saya merasa banyak orang yang salah paham tentang pemalas dan aku nak membenarkan pandangan itu.


mai sini aku nak bagi tau benefit orang malas....
cuba kita tengok orang malas berjalan, maka terciptalah kereta, kalo mlas nak guna sempoa, maka tciptalah m.Excel, dah orang malas memasak, maka tciptalah mee segera.


Dunia penuh oleh pemalas, laziness is the mother of all invention? Tanpa pemalas, dunia ini akan tetap di zaman batu, jadi tidak ada yang salah dengan berlaku malas.

2 jelah aku nak citer sal malas aku ni...

Sayu xterkata, jika ini sudah takdirnya (aku terima seadanya)






KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) -- Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

"Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

"Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah," katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

"Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah," katanya. Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini.

bila kupikirkan tentang kamu, ntah kenapa tiba2 otakku jem

...otakku jem sebentar...
..nape...
...sbb aku malas nak pk kot...
...nota depan mate...suh d bace..tp aku jst melihatnyer...
...minggu ni 2 exam...
...kemalasan melanda diri....
...huhu...
...tp pg2 ni dh xde mud...
...nape...
....hnye Dia yg thu....
....apepun....
...aku kena kuat...
....aderkan mud tu walaupun tgh xde...
....now...
....lyn sinar FM...lagu jiwang2 sikit...
....huhu...
...nape yer????
...nape benda ni berlaku....
...la...dh lumrah la..lelaki kan aku ni...
...apela.....
...ade ker lelaki jiwang...
...ko jangan pikir bukan2...


...Sengal tengah-tengah pagi buta....

Dapat duit la....

Sakni aku cuba la bukak akaun nuffnang aku ni, xsangka lak da dapat income...ni la kali pertama aku masuk nuffnang ni...2 pun tengok kat blog kawan...kira ok jugak la...tapi kena sampai rm50 baru dia bayar kat kita...

ape2 hal pun nak bagi tau korang buat blog pun boleh dapat duit. lau macam aku ni xreti sangat nak wat blog, maklumlah xblaja bahagian it pun.

bukan nak mnunjuk tapi ok la...blog pun masih baru agi...banyak agi yang kena blaja... so hope u all help me to berblogging sama.

terima kasih nuffnang, xsangka lak ada program2 yang macam g ni....n xlupa kepada kawan2 gak kerana banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya...

projek malam di rumah kawan aku

penat giler r gi kelas tdi....mata pun macalam xmau terbukak dah.... smalam aku nengok bola beb....chealsea menang besar boh...aku xla suka sangat dengan bola ni...tapi layan gak r...he3

dari dulu agi aku suka tengok chealsea....dah smalam kbetolan rumah kawan aku free...ape lagi mlepak la situ tengok bola...maklumlah duk hostel mane ader astro...nak g cafe mlas lak ramai org....

2 game aku layan smalam....lepas chealsea, MU lak....kawan aku ni suka sgat dengan MU...sampai aku nak main ps2 pun dia marah....terpaksalah kena tengok jugak....he3...

abis jer bola 2 aku terus main ps2 sorang2...dorang yang len da tido da....xpee lah...xkacau aku nak wat skill skit....he3....men wrestling bro....best gak la game ni....(da xder cd len....) layan jer ler....

sampai dekat subuh gak la men ps2 sorang2....macam org giler lak lau pikir balik...da la tido sikit jer....nasib baik time subuh sedar....aku yang bagun first tau....(xbleh tido kwn bedengkur...) jangan gtau dia ekk...nati kecik lak hati dia 2....

lepas 2 balik hostel siap2 terus g kelas....nasib baik la mode lucture 2 ok....di kuar awal....tegok aku menguap bayak kali kot...he3....maklum la...lucture muda...mesti la paham jiwa  student dia...

aku pun xlarat dah ni nak taip...mata mengantuk giler3 dah....aku sambung tido dulu yer...
da xtahan ni....gua cau dulu....

Naik Tol? Naik Elektrik? Cuaca panas, orang panas

DENGAR kata tol nak naik lagi? Tarif elektrik pun? Benarkah? Rakyat sudah cukup terbeban dengan apa yang mereka tanggung sekarang. Jika hidup di bandar semuanya wang. Kadangkala wang dihabiskan begitu sahaja tanpa sedar.

Cukai itu dan ini, caj itu dan ini, parking sini dan sana hingga masuk tandas pun wang. Roda kereta masuk lubang (yang bercambah-cambah atas jalan di KL) pun kena wang. Rim kereta bengkok kena tukar atau baiki. Di kedai tayar, pekedai letak harga ikut suka dan itu tidak masuk cukai perkhidmatan dan kerajaan lagi. Bukan salah pemandu yang membayar road tax apabila rimnya bengkok, tetapi salahnya ialah kepada majlis perbandaran yang tidak tampal lubang itu.

Pergi makan di restoran sekarang pun kena cukai yang bukan-bukan. Minggu lepas, saya dan dua rakan makan di sebuah restoran, makan bukan apa sangat - tapi cajnya melampau, cukainya dalam resit RM10! Tak masuk akal.

Berkereta untuk ke tempat kerja setiap hari seperti berperang. Jalan sesak teruk sangat. Oleh kerana jalan kerajaan atau jalan percuma terlalulah sesak, pemandu lazimnya cari jalan lain iaitu dengan masuk pintu tol. Maka kenalah bayar tol.

Setiap hari saya membayar RM5.20 pergi balik dari Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Tol Pantai. Memanglah selesa dan cepat. Tapi kerana sudah bosan menggunakan lebuh raya Persekutuan, maka terpaksalah bayar tol.

Tol adalah satu keperluan untuk penduduk bandar. Wang yang mereka belanjakan setiap bulan untuk tol terlalu banyak. Itu tidak kira lagi jika perjalanannya banyak berulang-alik. Setiap kali bayar tol, jika secara Smart Tag wang habis tak terasa. Jika bayar di pondok tol, hati sakit kerana kita yang berkata ‘terima kasih’ kepada pekerja tol yang menolong mengambil duit kita. Dia tak kata apa-apa pun – adalah seorang dua ucap terima kasih kat kita.

Namun perjalanan ke destinasi terpaksa diteruskan. Kerja untuk mengisi perut dan menampung wang tol terpaksa dicari. Selagi hayat dikandung badan, itulah rutinnya.
Minggu lalu, kita semua gelisah – sudahlah tidur malam rimas kerana cuaca panas akibat peralihan monsun – dengar kata tarif elektrik pula nak naik. Lagi panaslah kita.

Beritanya disiarkan dalam akhbar mengatakan menterinya akan membawa cadangan itu ke dalam Kabinet. Namun, dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu, dengar kata cadangan itu ditangguhkan.‘‘Ditangguhkan?” Mungkinkah kerajaan bertimbang rasa kerana ramai yang pakai aircond dalam musim panas ini. Maka, tidak adillah tarif itu dinaikkan sekarang.
Apa pun cadangan itu masih ditangguhkan. Lambat-laun ia akan naik juga. TNB memberi alasan macam- macam - kos mereka meningkat. Harga dunia arang batu naik, harga gas naik dan macam-macam lagi naik.

Begitu juga dengan tol. Kerajaan memberi alasan terikat dengan perjanjian konsesi. Dikhabarkan jika kerajaan tidak naik ikut masa yang ditetapkan (tiga tahun sekali) maka kerajaan terpaksa tanggung pampasan yang besar kepada pemegang konsesi.Ikut perjanjiannya tol kena naik setiap tiga tahun sekali. Jika kerajaan tidak naikkannya, mungkin atas alasan politik atau desakan rakyat, maka kerajaan terpaksa tanggung RM200 juta setahun atau RM600 juta bagi tiga tahun pertama. Jika tahun ke-4 tidak naik juga kerajaan terpaksa tanggung RM400 juta setahun atau RM1.2 bilion bagi tempoh tiga tahun itu. Jika tahun ke-7 tidak juga naik ia akan menjadi RM600 juta atau RM1.8 bilion untuk tiga tahun itu.

Memanglah jika dikaji betul-betul syarikat PLUS juga kepunyaan kerajaan secara tidak langsung. Bak kata orang, ‘keluar poket kanan, masuk poket kiri’. Tetapi itu semua tidak dikira. PLUS terus mencatatkan keuntungan berbilion-bilion. Namun, itulah alasannya sehinggalah Menteri Kerja Raya ketika itu, S. Samy Vellu diberi jolokan Samy Tol kerana mahu menjaga kepentingan kerajaan bagi mengelakkan ia membayar pampasan yang besar itu.

Kini Shaziman pula kena menghadapinya. Jangan nanti dia pun orang panggil Shaziman Tol sudahlah. Terma perjanjian itu jika tidak silap akan berkuat kuasa sehingga pada 2038. Ada 28 tahun lagi. Apapun kerajaan berada dalam dilema. Tak naik pun tak boleh, naik pun tak kena. Jadi semuanya serba tak kena. Penduduk yang tinggal di Puncak Alam dan kawasan perumahan sekitarnya, ikut Jalan Batu Arang dari Shah Alam memberitahu saya mereka amat bengang kerana jalan untuk ke Shah Alam terlalu sesak setiap pagi.

Namun semuanya lega apabila akhbar Utusan Malaysia menyiapkan berita baru-baru ini bahawa satu jalan susur akan dibuat di simpang tiga berhampiran Lebuh Raya Guthrie. Mereka cukup gembira dan bersyukur. Tapi mereka kemudian difahamkan susur yang tengah dibuat itu bukannya percuma. Mereka akan dikenakan tol? Hati yang sejuk dikhabarkan bergelora kembali.

Semalam, keluar satu lagi berita gembira? Kerajaan akan membuat satu lagi lebuh raya untuk kemudahan rakyat jelata dari Banting ke Taiping. Akhbar The New Straits Times menyediakan petanya sekali. Ia akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS. Harga projek dianggarkan antara RM5 bilion dan RM6 bilion. Setakat ini tidak pasti ia akan bertol atau tidak. Tapi seorang pegawai di Kementerian Kerja Raya memberitahu saya: ‘‘Eh... mestilah bertol”.

Namun, sekali lagi semua berita ini ada suka, ada duka. Berita pembangunan seperti itu boleh juga menjadi backfire atau makan tuan jika tidak ditangani dengan betul. Terutama jika rakyatnya akan menghadapi pilihan raya. Jika kerajaan itu kuat dan perkasa, dan rakyatnya mempunyai perkapita yang tinggi mungkin tidak menjadi masalah, tapi jika tidak...? Rakyat sebenarnya gelisah dengan berita seumpama ini. Saya masih teringat apabila kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen daripada RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun 2008. Saya kebetulan berada dalam sidang akhbar itu. Kami semua ‘terkejut beruk’ kerana naiknya terlalu tinggi.

Apa sekalipun, kita sudah lupa itu semua. Setiap hari kita mesti mengisi minyak untuk menghidupkan kenderaan masing-masing. Hidup harus diteruskan. Wang harus dicari bagi menampung keperluan termasuk membayar tol, isi minyak dan membaiki rim yang bengkok!

sumber dari blog utusan online

Kehidupan dan Keyboard


Jika hidup ini boleh dikawal dengan sepotong keyboard,

Ctrl + Z
Patah balik masa lalu, buat perubahan yang dapat menukar segala peristiwa sekarang dan yang akan datang

Backspace
Dapat juga aku perbetulkan balik semua kesilapan aku


Escape
Cara mudah nak lari dari masalah

Ctrl + Alt + Del
Jalan pintas nak lari! Sepantas kilat

F1
Semua masalah ada penyelesaian walaupun caranya penyelesaiannya agak sukar

F5
Kembalikan semula maruah yang telah tercalar!

Space
Panjangkan sikit masa untuk kita bersama

Shift
Biar semua perkara yang kita buat, lebih dari yang biasa

Enter
Ya, hidup ini tetap diteruskan!

"Kalau" - bak kata orang, perkataan yang akan buat kita lemah, jadi mat jenin! Cuba bayangkan kalau mat jenin tu tak jatuh pokok, dan ada usaha, mungkin "kelibat pelangi akan terpacar selepas hujan lebat" dalam hidup dia kan. Sapa tau kan?

Tapi hidup ini bukanlah dikawal oleh papan kekunci itu.
Biar hidup ini pernah dibawah supaya kita pernah merasai keperitan kehidupan
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies